Isi Kandungan Surat BR1M 2015

Beberapa orang penerima BR1M memaklumkan bahawa mereka sudah menerima surat BR1M 2015 yang dihantar posmen ke peti surat rumah masing-masing.Kepada yang belum terima dan ingin mengetahui isi kandungan surat tersebut boleh lihat dibawah.


 Tuan / Puan,
 BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.        Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014.
Bagi memastikan permohonan BR1M tuan / puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
  1. Maklumat pasangan / tanggungan;
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan / puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan / puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran; dan
  4.  Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
3.       Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.
4.      Kegagalan tuan / puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-88824565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

2 comments.. read them below or add one

kakipromo kakipromo 10:09 PM
bulan december ye, minggu depan dah boleh
AnonymousAnonymous 8:00 AM
yer.. dah boleh kemas kini atau buat permohonan BR1M yang baru
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.