Hukuman Mandi Mayat Dan Gali Kubur Pada Pesalah Dera

Hukuman ini memang ideal juga untuk pembuli diluar sana.Sesiapa saja yang ditangkap membuli atau mendera manusia mahupun haiwan,patut dihukum kemasyarakatan dengan memandi jenazah atau gali kubur.Hukuman sebegini sebagai tambahan selain masuk sekolah juvana atau penjara bertahun-tahun.
Riyadh: Warga Saudi yang mendera ibu bapa kini berdepan hukuman baru iaitu menggali kubur dan memandikan jenazah dalam perundangan baru di negara Teluk itu, minggu ini.

Akhbar al Watan melaporkan, majlis kehakiman negara itu mengeluarkan surat pekeliling kepada mahkamah di seluruh negara meminta supaya hukuman ini dilaksanakan terhadap golongan yang menghina atau memukul ibu bapa mereka.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman menggali kubur dan memandikan jenazah untuk tempoh yang ditetapkan mahkamah bergantung kepada kesalahan dilakukan,” katanya. - Agensi

0 comment... add one now