Hantu Raya Gemar Kencing Atas Rumah

Kisah ini agak keterlaluan jika aku katakan ia adalah kisah untuk takut-takutkan semua, tahyul dan direka-reka. Tetapi ini adalah apa yang aku alami sepanjang aku hidup 19 Tahun. Aku tidak tahu laa kenapa dan apakah yang kampung ini (kampung aku) geruni satu ketika dahulu. Sebab banyak aku dengar dari cerita-cerita orang-orang tua yang sangat dahsyat mengenai kampung aku ni.

Nak dijadikan cerita aku ni adalah seorang yang agak penakut. Lebih-lebih lagi selepas Atok aku meninggal dunia setahun yang lalu . Aku selalu temankan nenek aku yang tinggal sorang-sorang kat rumah bila malam. Sebab betul laa apa orang cakap, bukannya selalu ada dengan nenek kan. Tapi aku habiskan masa dengan nenek aku yang aku sayang sangat .

Hantu Raya Kencing Menitik Tengah Malam

Sejak hari pertama aku temankan nenek aku, aku banyak terdengar bunyi pelik yang mana agak membuat hati aku rasa tak senang. Waktu tepat pukul 12.15am masa ia berlaku. Nenek aku dah tidur masa tu. Jadi aku sorang-sorang jelaa bukak laptop dan main game dalam laptop aku ni. Maklumlaa tak boleh tidur. Lagi satu, dah laa gelap, sunyi lagi dengan bunyi cengkerik. Agak menyeramkan malam tu.

Tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, ada bunyi air yang agak banyak menitis di atas atap rumah nenek aku. Rumah orang kampung kan pakai atap zink. Lagi satu dinding kayu je. Aku tak tahu laa nak gambarkan macam mana tapi waktu air tu menitis, dinding kayu rumah nenek aku bergoyang , bunyi semua hilang dan kepala aku terasa berat sangat-sangat sampai mata aku dah nak terjatuh terkulai. Akhirnya, aku sedar-sedar, subuh dah menyinsing.

Siang tu, aku tanya nenek aku, tentang kejadian yang menimpa diri aku. Jadi, nenek aku menjawab setiap teka-teki yang bermain dalam fikiran aku :

Nenek : Sebenarnya benda yang jadikan kamu macam tu ialah hantu raya yang telah datang semula menganggu. Lepas je arwah atok kamu meninggal, hantu raya tu suka laa menganggu terutama di rumah ni. Dia cuma langkah je rumah ni dan air kencing dia akan menitik. Langkahan dia membuatkan rumah bergoyang. Sebab tu sebelum tidur kena baca ayat-ayat al-Quran, ayat 3 kul, ayat kursi. Atok kamu ada pagar kawasan rumah ni dulu, lama ia bertahan. Tapi mungkin lepas apa yang terjadi (atok meninggal) dia kembali. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Itu penjelasan daripada nenek aku. Apa pun aku dah terkena 3 kali. Kali kedua dan ketiga aku tak pengsan pun. Tak tahu kenapa. Tapi Allah lebih mengetahui. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, kita sebagai manusia, hanya boleh berikhtiar, tetapi Allah yang tentukan.
sourc

0 comment... add one now