Gambar Kereta Terbakar Langgar Tong Gas Berterabur Atas Jalan

Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa muatan gas LPG yang terbabas di laluan bertentangan dan menyebabkan tong gas berterabur di atas jalan.

Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

1465171_764777926905472_6778507082282170543_n.jpg
1962825_764778156905449_2082159855732553386_n.jpg
10394087_764779050238693_1294919339786507611_n.jpg
10502325_764778346905430_4660279552113500103_n.jpg
KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM 257, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.
10690109_764778526905412_8197375464191197722_n.jpg
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita melihat sebuah lori membawa gas LPG terbalik dan tong gas tercampak ke atas jalan.

"Dua buah kereta juga sedang terbakar pada masa itu dan kita segera melakukan operasi pemadaman," katanya ketika dihubungi.






Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar selepas tong gas yang yang terjatuh dari sebuah lori dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara selepas Terowong Menora, di sini, pagi ini.

Menurutnya, kesemua mangsa terbabit dalam kejadian itu berjaya keluar dengan selamat dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecederaan.

0 comment... add one now