Bagaikan lukisan saiz gergasi yang besar berwarna-warni sayup mata memandang.Bagaikan berada di dunia bunga warna-warni membuatkan kita asyik sekali. Pemandangan indah ini hanya berlaku pada setiap bulan Mei di Belanda.
Landskap Belanda pada bulan Mei kelihatan seperti sebuah kaleidoskop pelbagai warna indah ketika bunga-bunga tulip mula mencapai kematangan. Benih tulip mula ditanam pada akhir Oktober danawal November tahun sebelumnya sebelum dituai pada bulan Mei pada tahun berikutnya.
Lebih daripada tiga bilion tulip berkembang setiap tahun dan dua pertiga daripada bunga yang berkualiti dieksport, kebanyakannya ke Amerika Syarikat dan Jerman.
Warna-warna yang menarik ini bermula sejak abad ke-17 lagi apabila peminat tulip mula membersihkan tanah lapang di Belanda dan ditanam dengan tulip. Tetapi seperti juga pelangi,landskap berwarna-warni ini adalah satu fenomena yang bersifat sementara. Apabila musim bungaberlalu, tanah itu akan diusahakan untuk tanaman sayur-sayuran yang lain pula.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: http://www.coolpicturegallery.us/