Gadis Dirogol 35 Mat Rempit Khabar Angin Port Dickson

Semua lelaki yang merogol kelima-lima perempuan itu sengaja ingin mengenakan mangsa kerana tidak mahu keluar dengan mereka jika menggunakan motosikal dan helmet jenis murah menyebabkan mereka berdendam,” katanya yang tidak percaya khabar angin berkenaan.
(gambar hiasan)

Port Dickson: Tiada tangkapan dibuat ke atas 35 lelaki kononnya terbabit kes rogol beramai-ramai lima gadis di sebuah hotel di Teluk Kemang di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan khabar angin itu menjadi viral sejak semalam dan tersebar di laman sosial terutama Facebook dan WeChat.

Berdasarkan khabar angin itu, polis menyerbu sebuah hotel pada jam 3 pagi selepas menerima maklumat berkenaan kejadian terbabit dan menahan semua suspek.

Semua suspek dikatakan datang dari luar Port Dickson bagi menyambut 'Motoday' (Hari Motosikal) di sini selama dua hari bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu.

"Polis menjalankan Ops Cantas Khas pada malam semalam (kelmarin) bagi mengawal kesesakan jalan raya dan memastikan pengguna mempunyai lesen dan dokumen perjalanan sah," katanya.

Katanya, pihaknya juga meronda di kawasan hotel yang dikatakan berlaku kejadian tetapi tidak menemui apa-apa bukti dikaitkan dengan kejadian.
Sementara itu, seorang penduduk Mohd Aidil Asraf Rahim, 22, berkata, dia turut menyalin perkhbaran itu di akaun Facebooknya selepas rakan yang menyertai sambutan itu mendakwa melihat polis menyerbu hotel dan menahan suspek terbabit.

Katanya, mangsa dikatakan dirogol kerana keangkuhan dan terlalu memilih lelaki yang mempelawa mereka untuk keluar pada hari sambutan itu.

Sementara itu, tinjauan mendapati sambutan Motorday menyebabkan jalan di sepanjang bandar ini sesak dengan ribuan motosikal dari seluruh negara.-hmetro



0 comment... add one now