Berita baik kepada peniaga online yang suka spam instagram artis,mereka kini dibenarkan meninggalkan jejak niaga pada ruang komen instagram artis yang semakin disukai ramai ini Fasha Sandha.Fasha mungkin terbuka hati untuk membenarkan komen mengiklankan perniagaan masing-masing pada instagramnya setelah menerima lambakan hadiah sempena kelahiran baby keduanya.Ratusan emel sehari yang diterima untuk pertanyaan bayaran IG review juga ditolak pelakon ini.
Kira ok la tu..Selain dah kaya.. dia juga tidak tamak untuk kaut semua iklan,ikuti apa kata Fasha:
Syukur Alhamdulillah,
Terima kasih semua yang mendoakan kami kesihatan yang baik,kebahagiaan,tak lupa kepada peniaga online yang tak jemu memberi gifts pada Fal dan Jemyma.
Setiap hari saya terima gifts yang dihantar ke salon saya dan tak sempat nak insta atau tag.Saya minta maaf saya memang tak terima bayaran untuk buat IG review.
Beratus emails saya terima dalam sehari bertanyakan bayaran yang untuk saya buat IG review.,sorry saya memang tak buat. Apapun saya doa kalian success selalu dalam bidang masing2. Anda semua dibenarkan untuk berniaga di gambar2 saya. Saya tidak halang. Asalkan tidak keterlaluan ya.