Memang pelik kerana selepas sahaja bergelas isteri kepada orang kaya Farriz Fauzy,gambar pelakon jelita ini Erin Malek tersebar seksi sedang bersosial di kelab malam.Tersebarnya gambar itu seolah-olah sengaja hendak sabotaj rumahtangga mereka yang baru sahaja dibina.Keluarga mertua dan sanak saudara memang terkejut.
(Erin Malek dan suami menyaksikan konsert Britney Spears di Las Vegas)
Terkini, menerusi laporan mStar Online, Erin akhirnya membuka mulut untuk menjawab isu terbabit setelah pulang daripada berbulan madu di Los Angeles. Nak tahu Erin jawab apa?
“Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut."
Dalam pada itu, Erin turut berkongsi pengalamannya semasa berbulan madu di Los Angeles tempoh hari. Pelbagai destinasi menarik yang dia dan suami kunjungi tau.
“Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears.”
InfoLaju: Mungkin ada yang berkenan pada Erin Malek patah hati apabila melihat Erin berkahwin.Dia sebarkan gambar Erin Malek di kelab malam untuk lepaskan geram hajat dihati tak sampai.