Cara Mudah Semak Keputusan Peperiksaan Dengan SAPS Online

Ibu-bapa dan penjaga kini boleh memantau prestasi pembelajaran anak-anak dengan mudah apabila Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)diwujudkan.Kini tidak perlu lagi bersesak-sesak ke sekolah hanya untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan anak.Keputusan peperiksaan pelajar boleh di lihat dimana-mana sahaja asalkan ada capaian internet.

Peperiksaan akhir tahun yang penting seperti UPSR,PMR dan SPM boleh dilihat secara dalam talian melalui laman webSistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). 

Dibawah ini disediakan sedikit tutorial untuk membuat semakan SAPS

Masuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.

Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Tahniah pada kerajaan yang maju setapak lagi dalam bidang pendidikan negara secara dalam talian.Semoga server akan dipertingkatkan terutama pada musim keluarnya keputusan peperiksaan.Supaya pengguna tidak menyampah dengan loading..loading.. loading lagi hingga 4am.

0 comment... add one now