Budak 4 Tahun Cabul Budak 3 Tahun Hingga Gian

Ibu berusia 32 tahun itu berkata beliau kini terpaksa menjadi pengawal anaknya setiap kali tidur atau masuk bilik mandi kerana anaknya telah mula gemar memartubasi selepas kejadian.

  "Saya harus memukul tangannya dan menegur dia setiap kali dia cuba memuaskan dirinya sendiri dan ia amat menyedihkan melihat anaknya melakukan perbuatan itu pada usia sangat muda.

MELAKA: Seorang ibu dari Bukit Rambai gusar selepas dia menangkap seorang budak lelaki berusia 4 tahun melakukan seks oral ke atas anak lelakinya berusia 3 tahun.

"Satu-satunya perkara yang saya boleh lakukan sekarang adalah menghantar dia ke kelas agama dan membimbingnya apa yang benar dan apa yang salah," katanya ketika dihubungi semalam.

Wanita itu menangkap anak jirannya melakukan seks oral ke atas anaknya di luar rumahnya pada pukul 5.30 petang pada 7 November.

Dia berkata budak 4 tahun itu menarik seluar anaknya sebelum melakukan oral seks.

"Saya terpaksa terus memerhati anak saya selepas beberapa jiran memberitahu saya budak itu juga melakukan perkara yang sama dengan anak-anak mereka juga.

"Pada mulanya, saya ragu-ragu dakwaan jiran-jiran sehinggalah saya menyaksikan dengan mata saya sendiri," katanya.

Wanita itu berkata anaknya mengadu sakit di bahagian sulitnya sejak sebulan lalu tetapi pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

"Hanya apabila saya melihat sendiri perbuatan menjijikkan itu, saya menyedari bahawa ianya telah berlaku lama dan dakwaan jiran memang benar.

"Saya tidak menyalahkan anak jiran saya itu, kerana dia masih muda dan mungkin meniru perbuatan yang sama selepas menonton filem-filem porna," katanya.

Bagaimanapun, wanita itu kesal apabila dia membuat keputusan untuk menceritakan apa yang dia saksikan kepada ibu bapa budak itu.

"Kedua-dua ibu bapa mempertahanan anak mereka dan menuduh saya membuat cerita.

"Saya memberitahu mereka anak mereka memerlukan bantuan dan perlu dipulihkan tetapi mereka mencabar saya untuk membuat laporan polis pula, ' sambil menambah dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak pada hari berikutnya.

Dia berkata seorang doktor dari sebuah klinik swasta juga mengesahkan bahawa anaknya mempunyai beberapa kecederaan di bahagian sulitnya apabila dia membawanya untuk pemeriksaan perubatan.

"Anak saya juga sukar untuk membuang air kecil dan masih memerlukan rawatan perubatan," katanya.

Sumber polis memberitahu The Star siasatan masih berjalan dan pegawai polis telah mendapatkan keterangan dari ibu bapa kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut.

0 comment... add one now