Ketua Pengarah JPJ Malaysia menjadi popular seperti artis ketika ini.Datuk Seri Ismail Ahmad mula diperkatakan ramai kerana nombor plat keretanya sendiri yang tidak mengikut spesifikasi dan bertinted gelap.

Berikut adalah serba sedikit Biodata Ketua Pengarah JPJ Malaysia 2014 Datuk Seri Ismail Ahmad
BIODATA
Datuk Seri Ismail Ahmad, 56 tahun
Berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom
Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.
Tarikh lantikan ke jawatan Ketua Pengarah JPJ - 25 Mac 2013
Pengalaman Kerja
Berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pentadbiran menerusi kerjaya perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah JPJ; Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan, Kementerian Kewangan dan Penolong Pendaftar Insititut Tadbiran Awam Negara (Intan).