Asep mendakwa dia pernah menjadi mangsa liwat seorang pemuda ketika zaman kanak-kanak.
“Dia kini meliwat pelajarnya pula sebagai cara membalas dendam,” katanya.
Siasatan polis mendapati, selain menjadi guru Asep diberi kepercayaan penduduk setempat untuk mengajar kanak-kanak di kampung itu mengaji al-Quran.

Menurut jurucakap polis, ketika disoal siasat, Asep Kamaludin mengaku melakukan aktiviti seks terlarang itu sejak 2008.
Katanya, hasil laporan ibu bapa mangsa, Asep, 25, kini ditahan di Balai Polis Tasikmalaya.
Jurucakap polis berkata, aksi jijik dan luar tabii Asep dilakukan selepas tamat sesi pembelajaran di rumahnya.
“Untuk melaksanakan perbuatan kejam itu, Asep mewajibkan mangsa datang dan bermalam di rumahnya setiap malam minggu dengan alasan dia mahu memberi kelas tambahan.
“Ketika mencabul mangsa, Asep mengugut mereka tidak membocorkan rahsia, selain menjanjikan keputusan yang baik apabila peperiksaan nanti,” katanya. - Agensi