Penyanyi Rock Ditahan Dengan Senjata Pecah Rumah-Dalam serbuan pada jam 12 tengah hari itu, polis menahan penyanyi itu bersama lima lelaki lain dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, selain menahan tujuh individu itu pihaknya turut menemui dadah dipercayai heroin seberat 0.75 gram.
Muar: Seorang penyanyi kumpulan rock popular era 90-an antara tujuh individu yang ditahan dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Lama Muar di sini, Isnin lalu.
"Pemeriksaan di dalam rumah itu menemui beberapa senjata dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah dan pecah kenderaan.
Foto
AZMAN (dua kiri) menunjukkan pemotong dawai selain barang rampasan lain hasil serbuan. FOTO Shaiffulazhar Misri
"Selain itu, kami menemui beberapa barangan milik individu lain dipercayai mangsa ragut," katanya dalam sidang media, hari ini