Kejadian Sebenar Isu Alif Aziz Curi Handset-Sebelum ini heboh apabila Alif Aziz dikatakan mencuri handset.Pelbagai kritikan cemuhan pada artis lelaki itu di media sosial.Bagaimanapun perkara sebenar akhirnya dijelaskan
"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.
"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu,"
"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
"Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi,"
"Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan,"
"Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi,"
Aliff Aziz dan rakan telah datang ke sebuah rumah. Rakannya telah mencuri telefon bimbit tersebut. Aliff Aziz yang tidak bersalah turut didakwa kerana mangsa keadaan. Aliff membayar wang denda agar dapat kembali passportnya.