Beberapa hari ini, satu status Facebook yang dimuatnaik di laman Facebook
milik seorang remaja lelaki tersebar di laman sosial dan menerusi Whatsapp
hingga mencetuskan kontroversi.
Status itu dianggap menghina umat Islam yang sedang berpuasa apabila
berbunyi:
“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posa bersama menu kegemaran
aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”
Rasa payah kami nak percaya ada umat Islam sejahil ini justeru kemungkinan
besar pemilik Facebook ini kena naya rasanya, tak pun memang profil ini
sengaja direka untuk menaikkan kemarahan masyarakat.
Tapi tak kira siapa pun yang melakukan perkara ini, ternyata individu itu
memang biadap kerana sengaja mahu mencetuskan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan umat Islam.
Malah gara-gara status ini satu laman Facebook khas untuk mencerca
pengguna Facebook bernama Muhammad Arwan dicipta.
Nampak macam kes ringan tapi diharapkan SKMM lebih tegas menyiasat
kerana sejak akhir-akhir ini ramai sangat yang melampau di media sosial,
mungkin kerana berasakan laman siber tidak terjaga jadi mereka bebas untuk
berbuat onar di sini. -mynewshub