Pesawat MH17 Memang Ditembak-Naib Presiden AS

Pesawat MH17 Memang Ditembak-Naib Presiden AS-Naib Presiden Amerika, Joe Biden dipetik oleh Reuters sebagai berkata beliau yakin bahawa pesawat MH17 jatuh ditembak.

"Ia bukan satu kemalangan, (pesawat itu) ditembak di udara," Reuters memetik beliau sebagai berkata.

Eurocontrol pula berkata pesawat MH17 terbang di ruang udara terbuka tetapi kira-kira 1,000 kaki di atas bahagian ruang udara yang ditutup, laporan Reuters.

Sementara itu, akhbar The Telegraph melaporkan bahawa terdapat kekeliruan berhubung kotak hitam MH17.

Tentera Ukraine mendakwa bahawa puak pemisah pro-Rusia telah menemui kotak hitam itu.-MK

0 comment... add one now