MH17 Jadi Kambing Hitam Supaya Rusia Dikenakan Tindakan

MH17 Jadi Kambing Hitam Supaya Rusia Dikenakan Tindakan-Masih ingat lagi ketika PWTC runtuh,AS mula menyalahkan iraq dan diserang dengan alasan negara pengganas.Kini MH17 seolah menjadi kambing hitam agar Rusia dikenakan tindakan kerana banyak menyokong Iran dalam membangunkan senjata.
mh17 kambing hitam,rusia

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap tidak ada mana-mana pihak yang menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.

Beliau berkata siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat MAS itu.

"Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna peristiwa malang ini untuk tujuan politik," katanya.

Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.

"Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan", katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemimpin puak pemisah pro-Rusia Alexander Borodai dalam menangani tragedi MH17.

Katanya, usaha Najib itu menunjukkan Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.

Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Mengulas mengenai Gaza, Dr Mahathir berharap masyarakat dunia sedar bahawa tindakan Israel ke atas rakyat Palestin adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau yang juga presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata, yayasan itu turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan kewangan dan ubat-ubatan untuk disalurkan ke Gaza selain bekerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dan Viva Palestina. - Bernama

0 comment... add one now