Batang Besi Jatuh Dari Lori Tembusi Kereta Di NKVE

Satu kejadian ngeri berlaku kepada sebuah keluarga dalam sebuah kereta di lebuh raya NKVE kira-kira 1.30 petang semalam ketika dalam perjalanan ke Setia Alam, Selangor.

Melalui perkongsian gambar-gambar di dalam facebook, satu batang rod besi dikatakan berasal dari sebuah lori tercampak keluar dan melayang masuk ke dalam kereta keluarga berkenaan.
kemalangan,tips memandu,gambar,kereta,

Apa yang lebih mengerikan, besi itu menembusi cermin dan kerusi bahagian hadapan penumpang hingga ke belakang. Namun, si isteri yang tengah duduk di kerusi tersebut bernasib baik apabila rod besi itu tersesar sedikit.

Anak mereka yang berusia 4 tahun juga terselamat daripada menjadi mangsa tusukan besi itu melalui gambar yang dikongsi.

Semoga pemandu kereta berhati-hati apabila memandu di jalan berkenaan dan jauhi jarak anda dengan kenderaan berat terutama lori yang membawa bahan binaan seperti batu dan besi.

Lagi Gambar:










0 comment... add one now