Video Kejutan Seorang Remaja Lelaki Dicabut 232 Gigi Sekaligus

Video Kejutan Seorang Remaja Lelaki Dicabut 232 Gigi Sekaligus- Seorang remaja lelaki mengejutkan ramai apabila 232 giginya dibuang menerusi prosedur selama tujuh jam yang dilakukan pakar bedah di bandaraya ini, sekali gus mencatat rekod dunia.

Pada mulanya, Ashik Gavai, 17, mendapatkan rawatan perubatan kerana rahang bawah sebelah kanannya semakin bengkak.
232 gigi,cabut gigi

Bagaimanapun, kes itu dirujuk ke Hospital JJ di sini.

Kata Ketua Unit Pergigian hospital itu, Sunanda Dhivare-Palwankar berkata, selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati beliau berdepan keadaan dikenali sebagai ‘complex odontoma’.

“Kami membuat pembedahan Isnin lalu dan mengambil masa hampir tujuh jam. Mulanya, kami menyangka ia pembedahan mudah tetapi sebaik prosedur itu dilakukan, kami dapati banyak gigi yang kelihatan seperti mutiara di dalam tulang rahangnya,” katanya.

Selepas mencabutnya, mereka menemui struktur lebih besar seperti marmar hingga memaksa mereka untuk mengalihkannya.

Bagaimanapun, ia hanya dapat dikeluarkan dengan ‘memahat’ dan keluar dalam keadaan pecah.

Bapa remaja itu, Suresh Gavai, berkata keluarganya bimbang bengkak itu petanda barah.

“Saya bimbang ia menjadi barah, sebab itu saya bawa anak saya ke Mumbai,” kata Gavai kepada akhbar Mumbai Mirror.

Dhivare-Palwankar berkata, mereka berdepan keadaan menunjukkan maksimum 37 batang gigi dibuang dalam prosedur itu, sedangkan beliau dan pasukannya mengira lebih 232 gigi dikeluarkan daripada mulut Gavai.

0 comment... add one now