Isu MH17 Rusia Lancar Peluru Berpandu Nuklear Tayang Kuasa

Isu MH17 Rusia Lancar Peluru Berpandu Nuklear Tayang Kuasa-Rusia ketika ini ditekan ramai pihak dan dikenakan sekatan oleh AS dan Eropah walaupun siasatan belum menemui bukti ia terlibat.Untuk menunujukkan taring,Rusia melancarkan peluru berpandu nuklear.


peluru berpandu nuklear,rusia,mh17

Kerajaan AS mendesak perbincangan dua hala diadakan segera, susulan dakwaan Rusia menjalankan ujian peluru berpandu nuklear yang melanggar perjanjian 1987.

“Ini adalah satu perkara serius yang kami cuba tangani dengan Rusia untuk beberapa ketika sekarang.

“Kami mahu Rusia patuh kepada kewajipannya di bawah perjanjian itu dan menghapuskan apa-apa barangan yang dilarang dengan cara yang disahkan,” kata seorang pegawai pentadbiran dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Al-Jazeera.

Namun, pegawai itu tidak menerangkan bagaimana Rusia melanggar perjanjian itu.

Akhbar New York Times melaporkan, Washington pada Januari lalu telah dimaklumkan sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlan­tik Utara (NATO) bahawa Rusia telah menguji peluru berpandu darat selepas dilancarkan.
“Pegawai-pegawai Jabatan Negara menjangkakan Rusia akan melanggar perjanjian pada masa akan datang,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Kawalan Senjata, Penyelidikan dan Sokongan, Daryl Kimball.

“Ia menunjukkan bahawa Rusia sedang beralih daripada Perjanjian Amerika Syarikat-Rusia yang menunjukkan mereka mempunyai perbezaan ketara,” katanya.

0 comment... add one now