Video Dan Gambar Senjata Yang Tembak MH17 Melarikan Diri

KIEV 19 Julai - Beberapa rakaman video dan gambar yang menunjukkan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) buatan Rusia, BUK di timur Ukraine, dipercayai diambil oleh pasukan risikan negara ini, sebelum dan selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak, mula tersebar di internet.
senjata mh17,SAM,peluru pandu,mh17


Portal berita Mail Online melaporkan, sekeping gambar turut mempamerkan kenderaan yang dilengkapi empat peluru berpandu itu bersembunyi di celah bangunan dan pokok di bandar terbabit. Tambah laporan itu, satu rakaman video dipercayai diambil selepas pesawat MH17 ditembak menunjukkan kenderaan pelancar roket itu yang kekurangan dua lagi peluru berpandu, bergerak menuju ke arah Rusia dan tidak lagi dikesan sejak semalam.


0 comment... add one now