Kerajaan Terengganu Istihar Ahad 27 Julai 2014 Cuti Umum

Kerajaan Terengganu Istihar Ahad 27 Julai 2014 Cuti Umum-Kerajaan negeri mengumumkan Ahad (27 Julai) ini sebagai cuti umum di seluruh Terengganu sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014.

Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti bagi memberi kemudahan kepada umat Islam untuk membuat persiapan menjelang 1 Syawal yang dijangka akan disambut pada Isnin ini.

Kenyataan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu itu difaks ke Pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu kira-kira jam 2.30 petang ini.

0 comment... add one now