Peniaga Bazar Ugut Nak Cincang Azwan Ali-PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya memuat
naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twittermiliknya,adalah sesuatu yang wajar.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis
perkataan most yang bermaksud kebanyakan.
"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.
"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya
menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada
Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.
Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi
penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan
selepas ini.
Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan
di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada
peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuara-
kan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi
apa yang saya katakan ada benarnya.
"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada
pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang
kanak-kanak koma.
"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh
ditegur secara terus dan terbuka," katanya.
Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana
mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya
ingin mohon maaf kepada semua.
"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan
saya, tak mengapalah," katanya.
Terdahulu, Azwan memuat naik status di Twitter miliknya yang berbunyi 'Slm.
Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just
face the facts! So!.
Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkan tercetusnya kontroversi dan
mendapat kecaman masyarakat.
Anak angkat dari tahfiz
Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorang anak angkat dari
Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.
Anak angkatnya yang bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil
berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.
Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat men-
jadikannya anak angkat setelah terpikat dengan kepintaran kanak-kanak itu
bermain alat muzik, tabla.
Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua
perbelanjaannya akan ditanggung oleh Azwan.