Pesawat MH17 Mirip Pesawat Rasmi Presiden Rusia Punca Ia Ditembak

Pesawat MH17 Mirip Pesawat Rasmi Presiden Rusia Punca Ia Ditembak-Sekiranya diteropong dari bawah pesawat yang terbang laju,pesawat MAS MH17 mirip dengan pesawat rasmi Presiden Rusia Vladmir Putin.Dengan laluan yang sama,kemungkinan pesawat MH17 ini menjadi mangsa kesilapan terbesar dalam sejarah perang.pesawat mh17,#mh17,pesawat rasmi,presiden rusia,vladmir putin
Ketika ini, salah satu teori yang sedang diperkatakan ialah pesawat MAS MH17 ditembak oleh tentera Ukraine yang tersilap faham dengan warna kapal MAS.

Ini kerana, bendera musuh mereka, Rusia mempunyai jalur warna yang hampir sama dengan pesawat MAS.

Seperti yang diketahui, bendera Rusia terdiri daripada jalur putih, biru dan merah.

Jika diperhatikan, kebanyakan peswat MAS juga mempunyai jalur yang sama.

Namun, teori ini sukar untuk dibuktikan. Lagipun nama Malaysia jelas tertera di pesawat itu. Kalau ditembak atas dasar warna semata-mata, mungkin tukang tembak itu jenis buta huruf dan tak sekolah.

Wujud dakwaan kapal terbang rasmi Presiden Rusia, Vladimir Putin juga hampir menyerupai kapak terbang MAS dan ia terbang melewati laluan yang sama dengan MH17.

Dakwaan ini nampak lebih kukuh.

Setakat ini tidak diketahui pihak mana yang melakukan tembakan namun banyak jari bertumpu kepada pihak tentera Ukraine yang dikatakan menggunakan sistem peluru berpandu BUK bagi tujuan itu.

Kebetulan, baru sehari lalu Kiev memasang sistem itu di Timur Ukraine.

MH17 membawa 295 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

0 comment... add one now