Imam Muda Hassan Tegur Wartawan MH17 Tanya Soalan Tak Berfaedah

Imam Muda Hassan Tegur Wartawan MH17 Tanya Soalan Tak Berfaedah-Status kontroversi Facebook milik juara Imam Muda musim kedua iaitu Mohd Hassan Adli Yahya yang mempersoalkan tugas wartawan berhubung insiden MH17 bukan ditulis olehnya.

Mohd Hassan berkata, status berkenaan ditulis oleh individu yang menjaga page peminat (fan page) Facebook berkenaan tanpa pengetahuannya.
imam muda,wartawan
“Status tersebut dimuat naik oleh pihak pengurusan saya yang tidak terlibat dalam industri media sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pihak wartawan khususnya mereka yang terlibat membuat liputan nahas itu.

"Saya ambil kesempatan untuk mohon ribuan kemaafan kepada semua wartawan terhadap status yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook saya,” katanya seperti yang dilaporkan portal mStar online.

Mohd Hassan pada Jumaat lalu memimbulkan kemarahan pengamal media di negara ini apabila terdapat status merendah-rendahkan tugas wartawan yang membuat liputan mengenai tragedi pesawat MH17.

Dalam status berkenaan Mohd Hassan dikatakan mempersoalkan soalan-soalan wartawan yang dianggap tidak berfaedah kepada keluarga mangsa MH17.

Status itu menimbulkan rasa kecewa pengamal media yang terpaksa bekerja untuk memberi liputan terbaik agar orang ramai mendapat gambaran sebenar termasuklah luahan hati keluaga mangsa.

Bagaimanapun status kontroversi itu telah dipadamkan dan digantikan dengan permohonan maaf.



Laporan mStar juga menyebut, Mohd Hassan tidak menyedari statusnya itu menjadi isu sehinggalah perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang peserta Imam Muda yang lain.

"Selepas saya perasan tentang status itu saya terus meminta pihak yang bertanggungjawab terhadap Facebook saya agar padamkan status yang dia buat itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Sepanjang Ramadan ini saya agak sibuk, jadi saya jarang muat naik atau lihat status di Facebook. Tidak sangka perkara sebegini berlaku," katanya.

Sehubungan itu Mohd Hassan berharap perkara tersebut tidak merenggangkan hubungan baiknya dengan pihak media yang terjalin selama ini.

0 comment... add one now