Kerana MH17 Najib Digesa Letak Jawatan

Kerana MH17 Najib Digesa Letak Jawatan-Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 terhempas akibat ditembak bersempadan dengan Rusia. Kejadian dilaporkan oleh media Rusia pada ketika ini. Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.

Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.Berikut adalah Twit terbaru dari pihak MAS berhubung kejadian itu.

Kawasan yang dikatakan MH17 terhempas itu merupakan kawasan konflik antara Russia dan Pemberontak Bersenjata (Pihak Pemisah) Ukraine. Timur Ukraine dan 40KM daripada sempadan Rusia.

Laluan yang digunakan oleh MH17 itu merupakan laluan yang selalu digunakan oleh pesawat penumpang oleh kebanyakan negara Asia untuk penerbangan ke Eropah.
Berikut Merupakan Maklumat Dari Media

Jika benar MH17 ditembak jatuh oleh pihak pemisah, ia membawa masalah besar apabila secara langsung pihak Russia akan dipersalahkan kerana membekalkan senjata canggih peluru berpandu yang mampu mencapai sehingga 10,000 meter diudara. Seperti kita sedia maklum. Pihak pemisah Ukraine merupakan pemberontak bersenjata yang pro Russia.

Tapi lain pula cerita dibawah apabila perkara pertama terlintas dalam fikiran adik-adik kita ni...



















0 comment... add one now