Kerana MH17 Rosmah Dan Najib Tidak Bertegur Sapa

Kerana MH17 Rosmah Dan Najib Tidak Bertegur Sapa-Umum mengetahui ramai orang tersayang yang meninggal dalam penerbangan MH17 yang terhempas termasuklah nenek tiri Najib.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan beliau tidak bercakap dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak selama tiga hari sejak kejadian nahas udara MH17.
rosmah najib,mh17,hari raya

Namun beliau berkata, hubungan dingin itu bukan disebabkan mereka berselisih faham.
Tetapi jelasnya kerana sikap Perdana Menteri yang tidak mahu diganggu dalam mengendalikan insiden itu.

"Tiga hari saya tidak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17.

"Beliau lalu tepi saya pun beliau tidak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang.

"Ramai yang cakap dengan saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya.
"Saya cakap ini bukan kerana saya isteri Perdana tetapi naluri sebagai seorang wanita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan di sini hari ini.


Berkongsi pengalaman pertama kali mendengar berita tentang kejadian MH17, Rosmah memberitahu beliau tidak percaya pada mulanya.

"Takkan Malaysia Airlines lagi. Tapi bila saya ikuti berita terkini, memang sahih.
"Memang sangat tragik kerana mengorbankan ramai orang yang tersayang.

"Lebih memilukan apabila melawat ahli keluarga mangsa baru-baru ini. Ada mangsa yang 30 tahun tidak balik dan ada anak berusia 10 tahun yang berharap sangat agar jenazah ibunya dapat dibawa pulang ke tanah air," katanya.

0 comment... add one now