Pengalamanku Di Malam Lailtul Qadar

Pengalamanku Di Malam Lailtul Qadar-Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan hikmah.
Tapi kali ni saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya dengan malam Lailatul Qadar. Kisahnya terjadi pada tahun 2010. Ketika itu saya mengandungkan anak kedua saya. Bermula saja bulan Ramadhan saya berniat untuk khatam Al-Quran. Maka setiap malam saya akan mengaji sekurang-kurangnya 5- 7 muka surat. Seronok sangat rasanya. Tapi disebabkan keadaan perut yang memboyot, nafas saya selalu saja semput. Mengaji menjadi lama. Tapi saya tetap berusaha. Kerana saya mahu anak saya mendengar ayat suci al-quran itu disetiap masa. Saya juga cuba tidak meninggalkan solat-solat sunat yang termampu. Entah kenapa tahun itu, saya nak sangat bertemu Lailaul Qadar. Maka, malam-malam saya, jika termampu, saya penuhkan dengan amalan sunat. Saya tak mahu keadaan diri yang berbadan dua ni sebagai alasan.


Malam tu, saya tak ingat malam ke berapa Ramadhan. Tapi yang pasti, malam-malam terakhir Ramadhan. Selepas Isyak, saya terlelap sebentar . Kemudian saya terjaga dan menuju ke rumah mak saya. (sebelah rumah je). Maklumlah, persiapan hari raya dah bermula. Ade yang buat biskut, ade yang kemas rumah...

Setelah bersama adik beradik, menyiapkan sedikit persiapan hari raya, saya dan anak sulung saya yang ketika itu berusia 5 tahun, pulang kerumah. Malam itu saya perasan, keadaan tidak berangin, tetapi agak sejuk. Sunyi dan tenang. Ketika berada di luar rumah, saya mendongak ke langit. Saya lihat, Awan bagaikan terbahagi kepada dua bahagian. Sebelah awan gelap dan bersih tanpa bintang. Tetapi sebelah lagi dipenuhi dengan bintang. 

Penuh sepenuhnya bintang. Dan di pembahagian awan itu, bintang seakan berbaris lurus. Saya beristighfar. Lalu menanyakan anak sulung saya samada dia nampak tak apa yang saya nampak. Dia kata dia nampak. dan dia cakap, malam ni macam pelik je.. Lama saya dan anak saya mendongak. Asyik dengan kebesaran Allah. Kagum dan terkunci kata-kata. Saya seperti bermimpi.



Selepas itu, saya terus naik ke rumah. Terdiam seketika. Apakah yang cuba Allah tunjukkan. Lantas saya segera berwuduk dan melakukan solat sunat taubat. Lama saya berzikir sehingga saya rasa mengantuk. Ketika saya selesai berzikir, saya lihat suami dan anak-anak sudah tertidur. Rumah sangat sunyi. Lantas saya lakukan solat sunat tahajjud. Selesai sahaja solat, saya rasa sangat mengantuk. Sangat-sangat. mata macam di jahit. Sampai tak mampu saya menahannya. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur sahaja. Sebelum tidur, saya berdoa agar amalan saya tadi Allah terima. Semoga Allah ampunkan saya.


Malam itu, saya tidur dengan selesa sekali sehinggalah di pertengahan malam. Dalam tidur, saya terdengar botol-botol air plastik yang berada di dalam bilik berbunyi-bunyi macam botol sejuk. Dan saya juga berasa sangat sejuk.. Sejuk sehingga terketar-ketar. Suami yang tak suka selimut, tapi malam tu berebut selimut. Dia tidur sambil mengigil-gigil. Sangat sejuk. Tapi mata sangat mengantuk sehingga kami hanya menahan kesejukan didalam selimut tebal.

Subuh tu saya bangun macam biasa. Sejuk dah tak de. Saya lihat, botol-botol plastik yang berada di dalam bilik macam berwap. Owh, mungkin sebab semalam sejuk sangat. Ketika keluar dari bilik, saya lihat nenek saya mengaji macam biasa di kerusi malasnya. Saya pun cakap kat dia, " wan, sejuk sangat semalam kan, saya ngan edos (panggilan kepada suami) mengigil. Mengeletar kitaorang.".. Tapi saya terkejut dengan jawapan nenek saya. " Eh, ye ke? wan rasa macam biasa je. Tak sejuk pun". Owh. dalam terpinga-pinga, saya ke tandas untuk berwuduk. Dan sekali lagi saya lihat ade botol plastik di dalam tandas itu berwap-wap. Seakan-akan sejuk. Saya hanya terdiam. Mungkin nenek tak terasa kerana bilik dia kedap kot.. hehehe, itulah andaian saya.

Selepas solat, saya pun ke rumah mak. Macam biasa, borak-borak, tak de apa nak buat. Sekali lagi saya cakap kat mak pulak, " Mak, malam tadi sejuk sangat kan.. akak ngan edos mengigil-gigil. Botol dalam bilik berbunyi-bunyi sebab wap sejuk" dan mak saya jawab " Ehh, yer ker?.. rumah mak semalam panas sangat. Mak sampai tidur depan tv je".. Saya jadi hairan, Saya terfikir, adakah malam tadi adalah malam Lailatul Qadar?, Dan Allah hanya menguji saya. Ya Allah, kalau benar, ruginya saya.. Kalah dengan rasa mengantuk saya.. 

Keesokkannya, tidur saya macam biasa. dah tak de lagi rasa sejuk yang teramat sangat. Saya kesal. Kerana, kalau betul lah malam itu adalah malam lailatul qadar, ruginya saya. Malam yang penuh berakah itu saya habiskan dalam selimut. Saya terkilan sangat. Tapi kalau itu semua hanya kebetulan, saya berdoa agar Allah berilah peluang kepada saya untuk bertemu dengan Lailatul Qadar.

Kisah ini hanya pengalaman. Saya tak tahu samada ianya benar atau tidak. Saya tak pasti apakah tanda-tanda Lailatul Qadar. Tapi demi Allah, saya sentiasa mendoakan agar Allah beri peluang kepada saya. Walau apa pun, Ramadahan tahun itu sangat bermakna kepada saya. Semoga Allah terima amalan saya. Walaupun saya tak dapat menghabiskan Al-quran, tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya Ramdhan saya terisi dengan indah sekali. :)

0 comment... add one now