Pesawat Korea Elak Lalu Ukraine Sejak MAC Dan MAS Baru Hari Ni Nak Mengelak

Pesawat Korea Elak Lalu Ukraine Sejak MAC Dan MAS Baru Hari Ni Nak Mengelak-Agak pelik apabila keselamatan laluan penerbangan diambil mudah oleh pengurusan.Dalam banyak-banyak syarikat penerbangan,adakah hanya Malaysia yang lalui tempat bergolak itu?Kenapa?Untuk jimat minyak?Pilot Tiada pengalaman laluan baru?Atau kesilapan manusia?Pelbagai persoalan muncul dan tentunya akan jadi isu besar kerana ratusan orang menjadi mangsa.
laluan pesawat,#MH17,penerbangan korea,malaysia airline


SEOUL: Dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan berkata, mereka sudah menghentikan penggunaan ruang udara Ukraine sejak 3 Mac lalu atas faktor keselamatan.

Korean Air Lines Co Ltd dan Asiana Airlines Inc, kedua-duanya berkata, mereka menukar laluan penerbangan berkenaan untuk mengelak terbang di Ukraine sejak tarikh yang sama.

Pesawat MH17 milik Malaysia Airline System Bhd (MAS) terhempas di timur Ukraine semalam, menyebabkan 298 orang di dalam pesawat terbunuh.

Amerika Syarikat berkata, pesawat berkemungkinan ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara. - AP


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta-merta.

Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.

Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang sedang bergolak.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan. - BERNAMA

0 comment... add one now