Pelik Wanita Hilang Abang Dalam MH370 Kini Hilang Anak Pula Dalam MH17

Pelik Wanita Hilang Abang Dalam MH370 Kini Hilang Anak Pula Dalam MH17-Kebetulan yang agak pelik tapi benar.Namun respek pada wanita ini kerana tidak menyalahkan sesiapa kerana memahami takdir yang berlaku tidak boleh diubah.



SYDNEY 18 Julai - Seorang wanita warga Australia yang sebelum ini kehilangan abangnya dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 lebih empat bulan lalu, dilaporkan turut kehilangan anak tirinya dalam nahas terbaharu melibatkan pesawat MAS, MH17.

Menurut portal Daily Mail, abang kepada Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya, Mary Burrow merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Namun, hari ini, wanita itu mendapat tahu anak perempuan tirinya, Maree Rizk, pula merupakan antara 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

"Pesawat itu membawa semua orang pergi selama-lamanya dan kejadian ini telah merentap hati kami sekali lagi,’’ kata abang kepada Mann, Greg Burrows.

Walaupun terpaksa berdepan dengan dua tragedi dalam masa terdekat, Burrow berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap MAS.

"Tiada siapa boleh meramalkan pesawat itu akan ditembak jatuh. Perkara itu di luar kawalan kita," ujarnya. - AGENSI

0 comment... add one now