Rasis Kenyataan Zuhdi Nak Jentik Non Muslim

Rasis Kenyataan Zuhdi Nak Jentik Non Muslim-PENGARAH Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ke atas pendapat beliau yang bersifat rasis dan ekstremis.

Berikutan kontroversi yang terbangkit seteleh mesej WhatsApp Dr Mohd Zuhdi dalam grup AJK Pas Pusat terdedah secara meluas, beliau telah menjelaskan bahawa beliau “tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.”
rasis,zuhdi
Beliau berkata “semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam Pas yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur."

Rakyat Malaysia tidak mempertikaikan langkah Dr Mohd Zuhdi mengkaji sama ada Pas patut berada di dalam ataupun keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian Dr Mohd Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR juga tidak merupakan tumpuan kritikan.
Itu merupakan hak ahli Pas.

Walaupun ramai akan berasa kecewa jika Pas memutuskan pendirian untuk bercerai dengan PKR dan DAP, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan analisa beliau dan bukannya pembentangan analisa tersebut.

Yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej beliau bahawa selepas penceraian daripada PR, "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah ALLAH, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

‘Analisa’ Dr Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah.

Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembaliankan semula kuasa politik Melayu Islam”.

Penjelasan dalam Facebook yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi ke atas kontroversi yang terbangkit langsung tidak menyentuh isu isi kandungan analisa beliau yang rasis dan ekstremis.

Isunya bukan sama ada perbincangan Dr Mohd Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.

Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak “dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan.”

Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf ke atas pendapat beliau.

Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam PR, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar.

Pada masa yang sama, kami berharap supaya Pas mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berpemikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti Pas yang berslogan “Pas for All” tidak terus tercemar.


TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
30 Julai 2014

0 comment... add one now