Ezany Nizariff Sebar Gambar Lelaki Yang Larikan Isterinya


Ezany Nizariff Sebar Gambar Lelaki Yang Larikan Isterinya- Boleh dikatakan kemelut rumahtangga pelakon Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas beberapa tersiar di akhbar-akhbar utama.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan terbaru kes isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.

Hari ini sahaja, Ezany telah memuatnaik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.

isteri orang,skandal


Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.








Tak dinafikan, memang terlalu hebat dugaan yang terpaksa dilalui oleh Ezany pada bulan ramadhan ini namun diharapkan beliau tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.


Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan - Mynewshub.my

0 comment... add one now