Digi Dan Kelab Peugeot Berlumba Tolong Sim Siak Heong Mangsa CDM25-Tu dia.. Buat baik dibalas baik serta-merta.Kagum dan simpati dengan mangsa buli yang telah rosak keretanya,dua syarikat gergasi ini berlumba-lumba untuk memperbaiki kereta yang telah dirosakkan dengan stereng.
KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications telah menawarkan untuk
membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakantelah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita
mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.
Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci
stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga
emas terbabit.
Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar
kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.
Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi
kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.
Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala
pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh
disifatkan sebagai membuli secara siber.
KUALA LUMPUR: Susulan kejadian wanita mengamuk kerana keretanya dilanggar oleh seorang warga emas yang kini dikenali sebagai Sim Siak Heong, sebuah kelab khusus untuk pemilik kereta jenis Peugeot ingin membantu kedua-duanya sekali.
Peugeot Club Malaysia melalui laman Facebook rasminya berkata mereka tidak akan membiarkan keganasan berlaku kepada manusia atau kenderaan dalam mana-mana keadaan. Mereka juga akan membayar segala kos baik pulih untuk kereta milik Siak Heong.
"Uncle, kami ingin membantu anda [dengan membawa kereta] ke bengkel yang disyorkan kami dan akan membayar segala kos baik pulih."
Kelab berkenaan turut berkata ada beberapa kelas pengurusan kemarahan untuk pemandu wanita yang terlibat dan mereka juga akan membayar segala kos kelas itu.-astroawani
p/s:Sepatutnya bengkel-bengkel ketuk kereta patut cepat ambil peluang untuk repair kereta uncle ni.Nak lagi best percuma spray sebiji kereta.Menyelam sambil minum air.Tak rugi sebab dua-dua akan untung.