Video Tarian Gelek Inul Di Bazar Ramadhan Klang

Video Tarian Gelek Inul Di Bazar Ramadhan Klang-Biadap, memalukan & tidak hormat kesucian bulan Ramadhan! itulah yang berlaku dalam Festival Bazaar Ramadhan yang bertempat di Pusat Pemborong GM Klang, Selangor.

Satu video tersebar di Facebook menunjukkan pengunjung Festival Bazaar Ramadhan dijamu dengan nyanyian dan gelekan penyanyi Dangdut yang mencolok mata di atas pentas.

Amat malang sekali kerana persembahan itu berlaku di bulan mulia ini dan disaksikan oleh pengunjung yang rata-rata adalah penganut Islam. Malah jika diperhatikan video itu, kanak-kanak juga disajikan dengan hiburan yang langsung tidak memberi manfaat.

Gelekan si penari dangdut juga semakin kencang lantaran sorakan yang kuat diterima oleh para pengunjung!

Melalui Facebook Rasmi GM Klang Wholesale City Malaysia, Festival Bazaar Ramadhan berlangsung selama sebulan bermula dari 26 Jun hingga 26 Julai.

Walaupun terdapat aktiviti lain seperti Tazkirah & persembahan Nasyid, namun persembahan dangdut tersebut sepatutnya tidak dibuat untuk tayangan para pengunjung!

0 comment... add one now