Polis Turunkan Bendera Palestin Buat Singapura Kecoh

Polis Turunkan Bendera Palestin Buat Singapura Kecoh-
polis,palestin,bendera,media,
SINGAPURA: Warga Singapura terus menunjukkan sokongan moral secara terbuka terhadap nasib penduduk di Gaza yang masih berdepan serangan bom tentera rejim Zionis biarpun sokongan itu hanya dizahirkan melalui komen-komen di jaringan media sosial.

Perbualan mereka di jaringan media sosial terutamanya Facebook dan Twitter semakin hangat sehari selepas pihak polis republik itu mengarahkan seorang warga Singapura untuk menurunkan bendera Palestin yang digantung di luar kediamannya pada Isnin.

Mereka mempersoalkan kenapa pihak polis cepat bertindak dalam kes bendera Palestin itu tetapi bersikap seperti pejam sebelah mata kepada warga asing yang mengibarkan bendera China atau Filipina di republik itu.

Apa salahnya gantung bendera Palestin? Mereka hanya hendak berdoa untuk Gaza," tulis Jason Teo di laman Facebook Outstanding SG.*

Laman Facebook itu memuatnaik foto bendera Palestin yang dikibarkan di luar sebuah flat di republik itu.

Laman web berita Channel News Asia melaporkan kejadian berlaku pada pagi Isnin di Tingkat 11, Blok 54, Sims Drive. Sejak foto berkenaan dipaparkan di Facebook pada Isnin malam, ia dikongsikan oleh lebih 900 pengguna jaringan media sosial itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fizzy Lumpkins menulis komen ini: "Kelakar, kita tak nampak respons yang sama apabila bendera PRC (China) atau Pinoy (Filipina) digantung."*

Seorang lagi yang menggunakan nama*Chapiik Serizawa mempersoalkan kenapa menggantung bendera Palestin sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin itu salah.
"Kalau kerajaan tidak buat apa-apa kerana Singapura pro-Israel, benarkan kami membantah kerana kami manusia. Kami ada perasaan dan kemanusiaan. Kami bukan budak-budak. Kami dewasa dan matang untuk membezakan yang betul dan yang salah."

Reaksi sama yang mempertikaikan 'nasihat polis' itu juga dilihat di Twitter.

http://www.astroawani.com/news/show/...a-sosial-39915


0 comment... add one now