Romie Melamar Dan Jumpa Keluarga Hanez Suraya | Ahli perniagaan ini juga mengakui dia sudah bertemu dengan keluarga Hanez serta melamar pelakon itu. Malah, Romie juga telah berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.
Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan.
Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri,” ulas Romie lagi yang menganggap masyarakat terlalu cepat menghukum Hanez.

Sidang media yang diadakan oleh Hanez Suraya pada Rabu menyaksikan kehadiran teman lelakinya, Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, yang juga merupakan suami kepada wanita bernama Nurliyana Abdul Manan.
Sama seperti Hanez, Romie juga bertindak membawa peguamnya, Rubiah Jaffar untuk menjelaskan kedudukan sebenar.
Jelas Romie, dia turut serta dalam sidang media itu kerana mahu mengulas secara umum dan mahu memohon maaf atas kesulitan yang timbul.
"Saya mahu mengulas secara umum. Saya mohon maaf atas apa yang timbul. Banyak isu yang ditimbulkan oleh isteri saya tidak benar. Saya bukan nak aibkan orang, biarlah dia mengaibkan saya. Saya faham, orang sedang marah, tak boleh berikan penjelasan yang betul.
Kadang sesuatu perkara yang betul, dikatan tidak, begitu juga sebaliknya. Lapan tahun hidup saya, bukan cara saya untuk mengaibkan dia, tapi saya hanya mahu memberikan penjelasan. Contohnya, isu Hanez menjadi punca rumah tangga saya bergolak.
Saya berkenalan dengan Hanez pada 20 Disember 2013, sewaktu menghadiri sebuah majlis di UiTM Shah Alam. Sedangkan isteri saya keluar dari rumah pada 15 Ogos 2013. Isteri mendakwa sudah lapan bulan rumah tangga kami bergolak disebabkan Hanez, sedangkan kami kenal bulan Disember 2013.
Mengenai gambar di Bangkok, itu pada bulan Januari yang lalu. Tuduhan yang mengatakan kami pergi berdua juga tidak benar. Kami ke sana bertujuh, adik Hanez juga turut serta,” ulas Romie menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya.

Isteri Romie Pernah Failkan Perceraikan Pada 2011
Sementara itu, peguam Romie, Rubiah Jaffar tampil dengan kenyataan bahawa foto-foto yang didedahkan oleh isteri Romie tidak boleh disiarkan dengan sewenang-wenangnya. Malah, ada perkara yang didedahkan oleh Nurliyana belum terbukti benar.
“Kes penceraian Nurliyana dan Romie masih lagi berlangsung dan dalam perbiacaraan. Secara formalnya, saya tak boleh ulas secara terperinci proses yang terjadi sebab perkara itu masih kes mahkamah. Namun begitu, gambar-gambar yang digunakan, ada yang tidak diluluskan untuk disiarkan. Gambar tersebut tak boleh disiarkan secara sewenang-wenangnya. Gambar itu perlu mendapat kebenaran oleh mahkamah, atau pun kena tunggu sehingga kes selesai, baru boleh disiarkan. Ada perkara yang didedahkan oleh Nurliyana tidak benar sebab perkara-perkara dakwaan Nurliyana belum lagi dibuktikan,” ulas Rubiah.
Rubiah juga turut menjelaskan isteri Romie pernah menfailkan perceraian pada tahun 2011 sebelum menfailkannya semula pada Oktober 2013. Jelasnya lagi, ada tiga isu yang dibentangkan untuk kes itu, tetapi tiada satu pun berkaitan orang ketiga.
“Pihak sana (isteri Romie) mengatakan Hanez menjadi punca keruntuhan, sedangkan dalam kes penceraian mereka, ada tiga isu dibentangkan, tidak ada satu pun berkaitan dengan orang ketiga. Sebelum ini pada tahun 2011, pihak sana pernah failkan penceraian. Pada 8 Oktober lalu merupakan kali kedua pihak sana failkan penceraian. Kalau betul dakwaan orang ketiga menjadi punca, semestinya sebelum ini puncanya sama. Tapi, kedua-kedua kes ini tiada tanda-tanda atau pun rumusan untuk mengatakan yang pihak ketiga menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka,” ulas Rubiah.-gua.com.my