Dua Objek Berkaitan Pesawat MH370 Ditemui Australia



KUALA LUMPUR: Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti." katanya di Parlimen negara itu.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.-astro awani

SYDNEY 20 Mac - Australia menghantar pesawat bagi menyiasat dua objek terapung di selatan Lautan Hindi dikesan oleh satelit yang dipercayai serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbot hari ini berkata, tindakan itu diambil selepas imej satelit tersebut telah diterima Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). - Reuters

0 comment... add one now