Untuk menjayakannya, pihak Facebook dilihat akan menggunakan dron, satelit dan juga laser. Facebook juga dilihat telah mengambil-alih Ascenta yang mana pernah hadir dengan prototaip Zephyr – salah satu dron yang dikuasakan solar dan terbang untuk masa yang lama.
Perkara ini dilihat merupakan salah satu usaha Facebook untuk inisiatif Internet.org, yang mana ingin membawa akses internet kepada seberapa ramai pengguna yang boleh.
Dengan Facebook yang kini mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna, semestinya mereka perlu memikirkan cara dan kaedah baru untuk terus menambah pengguna mereka, dan salah satunya adalah dengan menawarkan akses internet kepada pengguna dikawasan yang sukar mendapat akses internet.
Sebelum ini, pihak Facebook dikatakan ingin mengambil-alih syarikat dron Titan Aerospace, namun tiada maklumat berkaitan dengannya yang diumumkan Facebook buat masa ini.-Amanz.my