Borang Online Bantuan RM15000 Tunas Usahawan Bumiputera


Pelbagai bantuan diberikan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan orang melayu berniaga.Terkini sebuah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah dilancarkan.Borang daftar program Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh didapati secara online.

 Tube merupakan sebuah lagi program yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya untuk membantu belia bumiputera dalam menyediakan modal untuk memulakan perniagaan. Program ini turut dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan panel SME Corp.

Syarat Kelayakan

Belia berumur 18 tahun dan keatas
Bumiputera Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia
Belia lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia
Sihat dari segi fizikal dan mental

Proses Latihan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Peserta yang layak perlu melalui 3 fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.
Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan.
Fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.

Tempoh Latihan: 12 Bulan

Borang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Sila layari borang di http://www.smecorp.gov.my/ selepas permohonan dibuka pada julai 2014

Tarikh Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Dijangka akan dibuka pada julai 2014.

0 comment... add one now