Keputusan Matrikulasi Sesi 2014-2015 KPM Online

Semakan keputusan permohonan Matrikulasi sesi akademik 2014/ 2015 KPM online. Bagi calon SPM yang telah membuat permohonan program Matrikulasi KPM, anda boleh membuat semakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi Bahagian Matrikulasi, tawaran Matrikulasi akan diumumkan pada minggu ke-4 bulan April 2014.


Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM

Semakan keputusan Matrikulasi 2014/ 2015 akan diumumkan pada minggu ke empat bulan April 2014. Tarikh rasmi akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2014/ 2015 telah dibuka.

Semakan Guna SMS Matrikulasi Sesi 2014/ 2015

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Rayuan Program Matrikulasi 2014/ 2015

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my pada tarikh semakan matrikulasi dibuka.

0 comment... add one now