Assasin Creed Unity Bakal Muncul 2014

Assassin’s Creed merupakan salah satu permainan popular daripada penerbit Ubisoft, dan hari ini mereka berkongsi teaser awal permainan berkenaan yang akan datang – dinamakan Assassin’s Creed Unity.

Maklumat penuh berkenaan dengannya masih menjadi tanda tanya, dan melalui video teaser yang diperlihatkan, ia dilihat mengambil latar masa ketika Revolusi Perancis. Permainan ini juga dijangka akan menyertakan sebuah watak protagonis yang baru.

Ia dikatakan pihak Ubisoft akan berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan ini tidak lama lagi, dan dijangka diterbitkan tahun ini untuk konsol PlayStation 4, Xbox One, dan juga berkemungkinan untuk PC.-amanz.my

0 comment... add one now