Pencarian misteri kehilangan MH370 akhirnya menemui kesudahan menyedihkan,berita terkini diumumkan oleh Perdana menteri Najib Razak sebentar tadi.Pesawat MH370 disahkan telah terhempas di Koridor Selatan, Lautan Hindi. Menurut sumber media, tiada penumpang dan krew terselamat dalam kejadian itu.
Pihak MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.
Tambah Najib, beliau berharap pihak media tidak mengganggu privasi keluarga mangsa yang menghadapi berita yang amat menyedihkan ini.
Sidang media susulan akan diadakan pada pagi esok.