Suami Daphne Iking Buat Perbandingan JAIS Kalimah Allah Dan Bomoh MH370


Suami kepada pengacara terkenal, Daphne Iking mengecam JAIS yang masih belum mengambil tindakan apa-apa ke atas Raja Bomoh meskipun nama Malaysia sudah dimalukan di seluruh dunia.

Menurut Joe di akaun Instagram isterinya, ketika isu penggunaan Allah dibangkitkan beberapa bulan lalu, JAIS begitu lantang bersuara dan bertindak sehingga ada antara kumpulan sanggup membakar bible di Selangor.

Bagaimanapun, katanya, sikap agresif yang sama perlu ditunjukkan dalam menangani isu khidmat bomoh yang semakin bermaharajalela sejak 8 Mac lalu dan semakin memalukan nama negara di mata dunia.


Sehingga kini, gambar yang dimuatnaik Joe itu berjaya menarik perhatian ramai peminat dengan jumlah likes melebihi 350 dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya menyokong pendapat suami Daphne Iking itu.

Pada hemat penulis, apa yang diutarakan itu dilihat ada asasnya kerana rakyat Malaysia terpaksa menerima sindiran antarabangsa apabila perbuatan bomoh tersebut telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia.-plbgmcm.blogspot

0 comment... add one now