KUALA LUMPUR: ‘Fear of flying’ atau perasaan takut untuk terbang menggunakan pesawat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Noor berkata perkara ini semakin ketara terutamanya dengan insiden seperti kehilangan pesawat MH370.
“Penungguan selama 17 hari untuk mengetahui nasib pesawat itu sebenarnya penuh dengan harapan yang positif.
“Tetapi apabila lain yang berlaku, orang putus harapan dan mula takut,” katanya kepada Astro AWANI.
Ketakutan ini ditambah pula dengan insiden-insiden kemalangan pesawat yang lain di dalam bulan ini termasuk kebakaran enjin pesawat Malindo Air pagi ini.
Dr Mariani berkata orang yang mengalami jenis ketakutan ini akan mempunyai daya imaginasi yang tinggi and akan membayangkan perkara yang bukan-bukan yang mungkin terjadi sekiranya menaiki pesawat.
Beliau menambah, impaknya kepada orang sebegitu adalah mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan penerbangan walaupun untuk perjalanan yang jauh, dan sanggup menggunakan kenderaan darat untuk perjalanan mereka.
Beliau berkata cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengatasi ketakutan ini adalah dengan memberi kaunseling dengan kata-kata yang positif.
“Untuk kanak-kanak yang mengalami ‘fear of flying’ kebiasaanya kami akan menunjukkan gambar-gambar menarik seperti suasana di dalam kapal terbang, makanan-makanan yang disajikan serta lokasi yang kapal terbang itu akan sampai.
“Untuk orang dewasa pula, kami akan suruh mereka redha dengan keadaan kerana ia ketentuan yang Maha Berkuasa.
“Kami akan menyuruh mereka sentiasa berdoa dan sebagainya,” katanya.
Pada 8 Mac, pesawat MAS MH370 yang dijadual tiba di Beijing, hilang dengan 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
Pada 21 Mac, pesawat MAS MH114 dilanggar burung sewaktu mendarat di Nepal, Kathmandu.
Pada 24 Mac pula, pesawat MAS MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.
Pagi tadi, sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri semasa penerbangannya ke Kuala Terengganu.