Gambar Comel Penumpang Termuda MH370 Tersebar


Gambar diatas adalah penumpang termuda dalam penerbangan malang MH370.Wang Mohen berusia dua tahun merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang bercuti ke Malaysia untuk ‘melarikan diri’ seketika daripada kualiti udara tidak sihat yang melanda Beijing, baru-baru ini.

Difahamkan ini adalah merupakan foto penumpang termuda penerbangan MH370, seorang kanak-kanak perempuan, Wang Mohen yang berusia dua tahun.

Tiada siapa menduga percutiannya bersama kedua ibu bapa ke Malaysia berakhir dengan tragedi apabila MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, semalam.

Wang Mohen dan bapa, Wang Rui dan ibunya, Jiao Weiwei menaiki pesawat tersebut untuk kembali ke Beijing selepas menghabiskan percutian di Malaysia.

Menurut seorang rakan rapat keluarga itu, Xie Yongzhen berkata kepada New York Times.

0 comment... add one now