Lamaran Mewah Wanita Dapat Hadiah Ferrari

Lamaran perkahwinan biasanya dibuat dengan penuh kemewahan oleh orang kaya.Itulah yang terjadi pada seorang perempuan berasal dari Zhengzhou, Hunan di China apabila dilamar kekasihnya bernama Jia, dengan deretan kereta sport mewah bernilai jutaan ringgit setiap satu.

sebahagian deretan kereta mewah yang ikut serta dalam melamar

Tidak kurang dari 10 kereta mewah berbaris di 360 Plaza untuk saat terindah bagi perempuan ini, seperti Ferrari, Lamborghini, dan Mercedes Benz.
Wanita bertuah ini menelefon seseorang di depan Ferrari yang dihadiahkan kekasihnya selepas lamaran diterima

Kereta-kereta mewah yang berkumpul ditempat awam ini turut membuat orang ramai teruja dengan mengambil gambar. Mereka berkumpul untuk melihat semua adegan indah seperti dalam filem ini. Sementara  itu Jia keluar dengan karangan bunga dan skrin besar LED memaparkan video percintaan mereka dengan alunan muzik romantik,

Perempuan ini terlihat menangis dan sedikit kebingungan saat menerima lamaran Jia. Setelah lamaran diterima, Jia memberikan kekasihnya kunci salah satu Ferrari untuk dipandunya.
(Singapore Seen)

0 comment... add one now