Dalam berita yang bertajuk , " Pencapaian terhebat manusia sepanjang masa " itu juga mengatakan bahawa sampai saat ini hanya Korea Utara saja yang berjaya mendaratkan manusia yang bernama Hung Il Dong ( 17 ) ke matahari dan mengalahkan semua negara di dunia .
" Kita akan menyambut Hung Il Gong sebagai pahlawan ketika dia kembali ke bumi nanti , " jelas reporter tersebut .
Tentunya akan menjadi satu perkara yang sangat menghairankan sekaligus menggelikan kerana hanya di permukaan luar sahaja ( sebelum di daratan ) , panas matahari dianggarkan sebanyak 5505 darjah Celsius . Bagaimana dengan panas di permukaannya ?
Setelah berita mengenai Korea Utara berjaya mendaratkan manusia ke matahari menjadi viral , ramai mencemuhnya kerana kelihatan seperti pemberitaan bodoh .
Tentu saja , dengan tersiarnya berita tersebut , pihak editor secara cepat bertindak balas dengan membela diri bahawa mereka sebenarnya tidak membuat berita seperti itu dan ia adalah kerana salah terjemahan dari sumber yang mendapat berita itu pertama kali kemudian disebarkan secara online .
" Ini adalah satu kesilapan. Anda kira kami ( Korea Utara ) bodoh ? kami sedang melakukan perancangan dan ujian untuk mendaratkan manusia ke Marikh dan bulan , bukan matahari , " tulis pihak Korea Utara dalam pembelaannya .
Isu ini menjadi VIRAL sehingga kini di media social.