Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia membuktikan pesawat itu menggunakan lebih banyak bahan api dan tidak mampu terbang lebih jauh.
"Maklumat ini sudah diserahkan kepada Pusat Menyelamat dan Menyelaras (RCC) Australia oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) untuk membantu dalam pencarian baru dan mengecilkan lokasi pencarian.
"Pihak berkuasa Australia memindahkan ke lokasi baru kira-kira 1,100 kilometer di Timur Laut," katanya.
Menurut beliau, akibat faktor ombak deras, kawasan pencarian baru itu boleh masih konsisten dengan potensi untuk menemui objek yang dikesan oleh pelbagai satelit sebelum ini.-hmetro
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.