Najib turut pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
24 Mac yang lalu, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO dalam satu sidang media yang diperhatikan oleh seluruh dunia telah mengumumkan bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.
Menurut Najib, beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan. Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Ni video sidang media tersebut..
Pengumuman Najib yang mendakwa penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi itu telah menimbulkan kemarahan waris penumpang dari negara China.
Selain itu bukan sahaja ianya tidak dipercayai oleh waris warga China, anak Kepten Zaharie dan Penganalisa Penerbangan juga tidak mempercayai apa yang Najib umumkan itu.
Bagaimanapun.. hari ini terbongkar keseluruh dunia.. apa yang Najib dedahkan dalam sidang media itu kononnya kesimpulan yang mengatakan 'MH370 berakhir di Lautan Hindi' itu datangnya dari Inmarsat adalah kesilapan semata-mata.
Dalam satu laporan oleh China Daily, portal berita dari negara China itu telah mendedahkan Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat,"
Laporan oleh ChinaDaily ini juga telah disiarkan oleh Asia News Network..
Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Jurucakap Inmarsat itu ialah mereka menafikan dakwaan Najib kononnya teori yang mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi itu adalah teori mereka..
Jadi dalam masa yang sama mereka juga telah mendedahkan Najib telah terrbohong kepada seluruh dunia...
Kantoi MH370 Berakhir Di Lautan Hindi Adalah Teori Najib Rupanya
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →