Anak Pasangan Sweden Bersyukur Ibu-Bapa Dipenjara


Saya maklumkan perkara berkenaan selepas solat Maghrib semalam dan memang mereka sedih tetapi saya dapat lihat ketabahan mereka. Jadi mereka memahami dan bersyukur yang ibu bapa mereka hanya dikenakan hukuman penjara minimum," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini, hari ini. 

KOTA BHARU: Keempat-empat anak pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh mahkamah di Sweden semalam, menerima keputusan itu dengan tabah walaupun sedih.

Ibu saudara empat beradik itu, Shaleena Norshal, berkata ketika beliau memberitahu keputusan mahkamah itu, mereka dapat menerimanya dengan tenang. 

Shaleena, 43, seorang guru, adalah penjaga sementara kepada empat anak saudaranya itu.

Semalam, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan Azizul Raheem Awaluddin iaitu Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan memukul empat anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan 67,200 krona (RM33,909) manakala Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan 36,400 krona (RM18,367) kepada anak mereka.
Shaleena berkata dia dan anggota keluarga yang lain sering memberitahu empat beradik itu bahawa perkara itu terjadi bukan kerana salah mereka.

"Mereka akan terus tinggal bersama-sama kami dan mereka juga dah semakin selesa tinggal di sini, Aishah pun dah boleh bertutur dalam bahasa Melayu sekarang.

"Saya juga nak berterima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Stockholm yang banyak membantu dari awal hingga akhir," katanya. - BERNAMA

0 comment... add one now